Hari ni hantar anak pergi mendaftar di Dewan canselor Unisel bestari jaya.
Waktu pendaftaran dari pukul 9 am~12pm.
Kita orang bertolak dari rumah pukul 10 lebih..tersilap tengok..ingatkan kat pejabat unismart kota puteri rupa2nya kat Unisel..Oleh kerana lambat sampai..terlepas nak dengar taklimat.hehe.
Lepas mendaftar kami di arahkan untuk pergi terus ke hostel.Hostel yusri no.7.bilik no.1.Satu bilik kongsi 4 orang.Disebabkan pihak pengurusan hanya menyediakan makanan pada pukul 6pm..Pelajar dibenarkan untuk dibawa keluar dan hantar balik asrama seblm pukul 6pm..Apa lagi seronoklah yusri nak ikut balik semata-mata nak suruh ibu masak sambal telur.hehe.Sampai rumah saya terus masuk dapur,masak sambal telur.hehe.
Pukul 4.45 kami keluar semula.Singgah solat kat Masjid,lepas tu teruskan perjalanan ke Hostel anak.
Selamat tinggal yusri,semoga dapat menyesuaikan diri di sini.ya allah kau tetapkanlah hati anak ku ini untuk habiskan pelajarannya di sini.Tenangkan hatinya.
Lapangkanlah fikirannya.Berikan lah ia kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Balik rumah terasa sunyi..apakan tidaknya selama setahun dia duduk rumah selepas abis hafalan 30 juz alquran.Dialah teman berborak,teman ketawa dan teman bergaduh jgk.huhu.
Waktu maghrib..tiba2 terasa sayu sangat hati ni.Ya allah aku mohon keredhaan daripada mu..Lindungi anak-anak ku dari perkara2 yang tak diingini ya allah.Semoga allah memberkati segala usaha yang kami lakukan.Aamiin ya rabbalalamin..
*Tak lupa bekalkan meal shakes untuk dia.hehe.
Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !!
-
*Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !! *|
Salam. Sihat tak semua? Alhamdulillah uzu sentiasa sihat. Uzu kena sihat
sebab ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment