Sunday, May 24, 2015

Selamat menduduki peperiksaan arjuna beta.

Assalamualaikum semua,
Semoga pagi ni memberi sinar gemilang buat anda semua..
Hari ni ke dua-dua anak saya menduduki peperiksaan..
Doa ibu sentiasa mengiringi kejayaan anak-anak,semoga anak-anak ibu tenang menjawab setiap soalan peperiksaan yang dikemukakan.Dipermudahkan segala urusan dan serahkan urusan seterusnya pada Allah.
Setiap kali balik bercuti banyak kali ibu dah pesan Solat awal waktu, dhuha dan tahajjud jangan tinggal,usaha,doa dan tawakal pada Allah.
Kepada yang membaca coretan ringkas saya ini,tolong doakan anak2 saya supaya dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Terimakasih..

Wednesday, May 6, 2015

Pergi HQ shaklee?apa dah jadi..

Semalam tanggal 5 may 2015,merupakan kali pertama saya jejak kan kaki di HQ Shaklee.Macam-macam peristiwa yang melucukan terjadi..ada yang boleh ditulis kat sini..ada yang tak boleh tulis sebabnya,kalau tulis korg mesti ketawa..hehe.biarlah rahsia..hehe.
Nak dijadikan cerita adalah my lovely customer ni nak order vivix..ada lagi sorang nak order herb lax,ostematrik dan pappermint ginger plus..tapi yang barang urgent vivix tulah.sebagai distributor permintaan customer mesti kita tunaikan ye tak,tak kiralah macam mana keadaan sekali pun..kecuali kalau memang betul-betul dah tak boleh dielakkan,nak buat macam mana kan..
Dengan berteman seorang kawan saya pun drivelah ke sana..dah mula cerita ni...hehe.sampai je traffic light nak ke hq tu bolehlah pulak saya ambil belah kanan..apa lagi u turn lah pergi je.hehe..tak pe..kita u turn ye.Ok dah lepas traffic light termasuk pulak simpang lain...buat u turn lagi..dah 2 kali u turn.hehe.Sampailah kat depan bangunan Pinnacle tu saya terus masuk parking.apa-apa kita parking dulu.lepas tu baru cari ye..bila keluar dari kereta,saya melintasi belakang sebuah kereta myvi yang parking kat situ,tiba-tiba drivernya mengundur dengan tak pandang cermin belakang tu..sib baik kawan-kawan dia yang kat luar tu menjerit..sempatlah dia break.kalau tak jadi mangsa myvi saya..huhu.Dorang semua minta maaf..sempat gak kawan saya cakap,myvi lagi..ada masuk persatuan ke?Adik-adik tu cakap tak delah kak..banyak-banyak minta maaf kak.moral of the story..tak kiralah korg parking tempat sunyi ke apa..kalau nak undur kereta tu tolong guna cermin pandang belakang tu ek.
Kami pun teruskan perjalanan ke bangunan Pinnacle dan cari tempat nak masuk pulak.Sebelum tu tanya kat orang yang lalu kat situ..kat mana hq shaklee..orang tu tak tau pulak.Akhirnya jumpa jugak receptionist untuk daftar masuk ke shaklee..Inilah barang yang saya beli..Kalau tak datang sini,entah bila tahun saya dapat pegang pin tu..hehe.

Masa nak balik tak jumpa federal highway lah pulak..tapi kami jumpa lksa highway..ok jugak ikut sini tak jem..terus je keluar shah alam.singgah makan nasi lemak kukus ayam berempah..masa kerja kat flextronic dulu selalu makan kat sini.
Walaupun macam-macam yang jadi tapi saya puas hati sebab vivix dah selamat sampai kepada customer saya dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Terimakasih kerana sudi membeli dengan saya,saya doakan semua customer saya sihat-sihat selalu.

Monday, May 4, 2015

Omega guard & phytocol promosi bulan may 2015

Assalamualikum dan selamat bercuti pada semua.Cuti panjang ni ramai yang ambil kesempatan balik kg.kan.Yang balik kg.atau yang pergi bercuti pastikan anda berhati-hati ketika dalam perjalanan okey.Admin doakan semua anda semua selamat dalam perjalanan.
Hari ni admin nak bagi tau produk promosi daripada shaklee.Ia merupakan produk yang boleh mengawal kolestrol dan baik untuk pesakit darah tinggi.Selain tu ia juga merupakan produk untuk perkembangan otak anak dan orang dewasa.Sebenarnya macam-macam manfaat produk ni..ek eh lupa pulak nak bagi tau promosi produk shaklee untuk bulan ni.hehe..Jeng..jeng..jeng..promosi untuk bulan ni adalah.
1.Omega guard
2.Phytocol
Anda boleh dapatkan ke dua- dua produk ni pada harga promosi iaitu
beli 7 botol pada harga 6 botol je
atau
beli 2 dengan diskaun 5%.

Jomlah kita tengok antara manfaat omega guard dan phytocol ni ek.


Opss..bukannya itu sahaja..promosi Vitalea for children pun masih lagi dilanjutkan ya...
Beli 4 pada harga 3 botol.Jangan lupa anak- anak pun perlukan vitamin tau,so vitalea for children menjadi pilihan ibu-ibu yang bijak dan gojes..hehe


Untuk mendapatkan produk-produk shaklee saya sedia membantu.
Hubungi saya
awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp:0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com
Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.
 
full design blog:jiakreatifelt