Wednesday, May 6, 2015

Pergi HQ shaklee?apa dah jadi..

Semalam tanggal 5 may 2015,merupakan kali pertama saya jejak kan kaki di HQ Shaklee.Macam-macam peristiwa yang melucukan terjadi..ada yang boleh ditulis kat sini..ada yang tak boleh tulis sebabnya,kalau tulis korg mesti ketawa..hehe.biarlah rahsia..hehe.
Nak dijadikan cerita adalah my lovely customer ni nak order vivix..ada lagi sorang nak order herb lax,ostematrik dan pappermint ginger plus..tapi yang barang urgent vivix tulah.sebagai distributor permintaan customer mesti kita tunaikan ye tak,tak kiralah macam mana keadaan sekali pun..kecuali kalau memang betul-betul dah tak boleh dielakkan,nak buat macam mana kan..
Dengan berteman seorang kawan saya pun drivelah ke sana..dah mula cerita ni...hehe.sampai je traffic light nak ke hq tu bolehlah pulak saya ambil belah kanan..apa lagi u turn lah pergi je.hehe..tak pe..kita u turn ye.Ok dah lepas traffic light termasuk pulak simpang lain...buat u turn lagi..dah 2 kali u turn.hehe.Sampailah kat depan bangunan Pinnacle tu saya terus masuk parking.apa-apa kita parking dulu.lepas tu baru cari ye..bila keluar dari kereta,saya melintasi belakang sebuah kereta myvi yang parking kat situ,tiba-tiba drivernya mengundur dengan tak pandang cermin belakang tu..sib baik kawan-kawan dia yang kat luar tu menjerit..sempatlah dia break.kalau tak jadi mangsa myvi saya..huhu.Dorang semua minta maaf..sempat gak kawan saya cakap,myvi lagi..ada masuk persatuan ke?Adik-adik tu cakap tak delah kak..banyak-banyak minta maaf kak.moral of the story..tak kiralah korg parking tempat sunyi ke apa..kalau nak undur kereta tu tolong guna cermin pandang belakang tu ek.
Kami pun teruskan perjalanan ke bangunan Pinnacle dan cari tempat nak masuk pulak.Sebelum tu tanya kat orang yang lalu kat situ..kat mana hq shaklee..orang tu tak tau pulak.Akhirnya jumpa jugak receptionist untuk daftar masuk ke shaklee..Inilah barang yang saya beli..Kalau tak datang sini,entah bila tahun saya dapat pegang pin tu..hehe.

Masa nak balik tak jumpa federal highway lah pulak..tapi kami jumpa lksa highway..ok jugak ikut sini tak jem..terus je keluar shah alam.singgah makan nasi lemak kukus ayam berempah..masa kerja kat flextronic dulu selalu makan kat sini.
Walaupun macam-macam yang jadi tapi saya puas hati sebab vivix dah selamat sampai kepada customer saya dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Terimakasih kerana sudi membeli dengan saya,saya doakan semua customer saya sihat-sihat selalu.

2 comments:

  1. hehe.. tulah..orang selalu x aware bnda2 mcm ni.. tgok cermin keta pling penting kot..

    ReplyDelete

 
full design blog:jiakreatifelt