Sunday, August 30, 2015

Shopping barang shaklee..4

Inilah hasil merempit hari ni.29 Ogos 2015.

Meru》》Sunway 》》Sentosa 》》 Meru.
Customer nak set sendi sebelum 1 september..memandangkankan 31 ogos public holiday kalau nak buat order online pun memang tak akan dapat sebelum 1hb.So kena pergi beli kat HQ jugak.Alhamdulillah allah permudahkan urusan ku.Set untuk kesihatan sendi dan lutut telah selamat COD.Semoga customer ni dikurniakan kesihatan yang baik.

SET KESIHATAN SENDI DAN LUTUT 
✔JOINT HEALTH TABLET
✔OMEGA GUARD
✔OSTEMATRIK

Untuk mendapatkan produk-produk shaklee saya sedia membantu.
Hubungi saya

awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp:0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com
Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.



Resepi vadai..hantam saja.

Assalamualaikum dan selamat petang minggu.
Hari ni mak nak kongsi pengalaman buat kuih ni.Saya memang suka makan kuih ni.Selalu beli kat mak cik jual nasi lemak kat tempat tinggal saya ni.Masa kerja dulu kuih ni lah yang saya beli setiap hari.Pernah terfikir satu hari nanti nak buat gak kuih ni.Mengimbau kenangan pertama kali saya mencuba buat kuih ni memang tak jadi,rupa dia dah cantik dah tapi bila masuk dalam kuali..wehoooo..berderai.Banyak pulak tu.haha.Tanpa putus asa,saya tanya kawan-kawan macam mana nak buat kuih ni.Dengan pertolongan kawan-kawan jadi jugak,tapi agak keras sikit.
Hari ini entah kenapa si abang ni mintak ibu buat kuih vadai ni.Dengan semangat waja,ibu masuk dapur dan memulakan kerja-kerja memasak vadai.Walau pun ibu jarang-jarang masak,tapi demi memenuhi permintaan anak bujang yang bercuti jadi rajin pulak.Makanya inilah hasilnya..yang best anak suka,suami pun cakap sedap.hehe.Adik tak cuti,so ibu makan kan untuk adik.



RESEPI: Bahan-bahan

2 cawan kacang dal
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 sudu besar jintan manis di tumbuk
2 tangkai daun kari dihiris.
6 tangkai cili api di potong kecil-kecil
Garam

Cara-caranya:
1. Rendam kacang dal selama 2 atau 3 jam,toskan.
2.Ambil 3/4 kacang dal yang telah di toskan dan blender halus.
3.Kacang dal yang tinggal lagi tu blend kasar,tak nak blend pun boleh.Saya guna trooper chooper je.
4.gaulkan kacang dal yag telah di blender halus dan kasar tadi.Kemudian masukkan bawang besar,jintan manis,daun kari cili api dan garam secukup rasa gaul-gaulkan.
5.Panaskan minyak
6.Bentukkan adunan vadai tersebut dan goreng dengan api perlahan.
Sekian resepi ringkas dari ku.



















Wednesday, August 26, 2015

Shopping barang shaklee..3

Assalamualaikum sahabat-sahabat saya yang saya sayangi,semoga anda semua dikurniakan kesihatan yang baik.Dah beberapa hari cuba order shaklee online tapi tak berjaya jugak.Akhirnya hari ni pergi jugak HQ shaklee..Sib baik hari ni en.suami cuti,mintak jasa baik dia tolong hantarkan.hehe.
Inilah hasilnya,produk untuk kurus ada,untuk cantik ada,untuk tenaga ada,untuk kesihatan mata pun ada.Terima kasih pada semua customer yang tak jemu-jemu order shaklee dengan saya.Opssss...lupa pulak..
Nak share message dari customer yang beli performance drink untuk suami dia yang kena denggi hari tu..Nanti saya share macam mana nak jadi ahli shaklee pulak ek.Tak rugi jadi ahli,sebab walaupun hanya nak makan sendiri je,kita dapat beli pada harga ahli.


Ni pulak barang yang saya beli tadi.

Untuk mendapatkan produk-produk shaklee saya sedia membantu.
Hubungi saya

awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp:0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com
Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.

Saturday, August 22, 2015

Kenapa Performance Drink?

Minggu ni performance drink menjadi hot item di kedai awaza ns.Ramai yang call untuk beli performance drink sebab nak diberi minum kepada pesakit denggi.Musim denggi sekarang ni,baik sediakan stok kat rumah,kalau tak kena denggi pun boleh di minum bila-bila masa,terutamanya ketika musim panas dan ketika berpuasa.
Performance drink shaklee merupakan minuman elektrolit terunggul.
Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion..
Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yg digunakan oleh saraf saraf dan otot-otot badan.


Antara kebaikan Performance Drink ialah
Meningkatkan daya tahan badan
✔meningkatkan daya tahan otot
✔memberi tenaga pantas pada otot dan sel
✔menggantikan air yang hilang 

Mencegah penyahidratan
✔mengurangkan rasa haus
✔mengelakkan dihadrasi
✔melembabkan kulit

Membekalkan tenaga
✔mengimbangi cecair dalam badan
✔mengimbangi metabolisma badan supaya kekal bertenaga sepanjang hari

Untuk mendapatkan produk-produk shaklee saya sedia membantu.
Hubungi saya
awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp:0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com
Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.











Thursday, August 20, 2015

Kenapa perlu memilih kalsium yang mengandungi vitamin D dan Magnesium

Ostematrik..satu nama yang kalau orang tak tau memang tak akan sebut namanya.hehe..Kebanyakan customer yang nak order ostematrik,mesti cakap,saya nak order kalsium.Ada seorang customer saya ni lagi kelakar,dia call saya,puan jual shaklee ye.Saya nak order...pas tu senyap,saya tanya tuan nak order apa ek,sambil gelak2,alahai apa benda tu,ha..kalsium,ye saya nak order kalsium,saya gelak jugak lah..hehe..oh..nama dia ostematrik tuan..ok..ok..saya nak order benda tu ek.tak nak jugak sebut ostematrik tu.hehe.Apa-apa lah tuan janji saya faham sudah.

Hari ni nak berkongsi tentang bagaimana memilih kalsium.
Salah satu yang anda kena perhatikan ketika membeli kalsium ialah pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium.Apa fungsi Vitamin D dan Magnesium?
> Vitamin D
Dinamakan vitamin D pada 1916 bila di dapati ia mampu merawat penyakit rickets.Ia juga meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang,menguatkankan kerangka,mengurangkan senggugut ketika period.Disamping itu ia jugak baik untuk individu 55 tahun ke atas,wanita hamil,dan kanak-kanak.
>Magnesium
Merupakan ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita.Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.Membantu sistem saraf,mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga,pengecutan saraf dan otot,menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung,memudahkan rembesen keluar sisa dari perut dan usus,menghalang endapan kalsium,mengurangkan sakit batu karang atau batu hempedu.

Untuk mendapatkan produk-produk shaklee saya sedia membantu.
Hubungi saya
awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp:0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com
Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.














Wednesday, August 19, 2015

Hand Dish Wash

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni saya nak share tentang Hand Dish Wash shaklee,sebelum ni saya memang tak ambil kisah tentang dish wash ni,sampailah ada customer message saya nak order dish wash,saya pun pergilah ke HQ dan belikan untuk customer ni.Entah kenapa bila saya tengok je botol dish wash tu,saya rasa jatuh cinta pulak nak menggunakannya,bak kata orang cinta pandang pertama lah ni ye..hehe.
Jom lah kita berkenalan dengan dish wash ni.

Pencuci Pinggan Basuhan Tangan yang Handal Membersih Minyak Degil
Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
♧ Lembut pada tangan.
♧ Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan.
♧ Buih sabun yang tahan lebih lama.
♧ Menjadikan pinggan bersih berkilau.
♧ Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki.
Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain
Keunikan Shaklee
Selamat
☆ Tidak toksik
☆ Hipoalergenik
☆ Tanpa klorin
☆ Lembut pada tangan anda
☆ pH seimbang
☆ Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan
☆ Amat berkesan menanggalkan minyak
☆ Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
☆ Buih sabun yang tahan lebih lama

Mesra Alam
☆ Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
☆ Mudah biorosot
☆ Tanpa fosfat
☆ Tanpa bahan pewarna
☆ Bungkusan yang boleh dikitar semula
☆ Selamat untuk sistem septik dan pembetungan                                                **credit  to : shaklee                                                                                                                 Jika anda masih lagi tercari-cari pencuci pinggan yang mesra alam pada tangan dan jari-jari halus anda dishwash adalah pilihan yang bijak.Tak sabar nak habiskan pencucui pinggan xx saya ni.Lepas ni pasti hand dish wash menjadi pilihan saya.                                                                                                                                         
Untuk mendapatkan produk-produk shaklee saya sedia membantu.
Hubungi saya
awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp:0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com
Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.

Performance drink memaksa saya pergi ke HQ untuk kali ke 2.

Cerita semalam,
Alhamdulillah,senang hati bila barang yang customer nak urgent dapat di tunaikan.Kelmarin ada customer msg nak performance drink,masa tu saya memang tak ada stok,saya cakap saya kena buat order dulu,customer pun setuju.Saya pun on laptop untuk buat order online,saya memang suka buat order online,sebab saya tak suka nak tempuh jem kalau nak ke HQ tu.hihi..Alang-alang buat order performance ni baik saya order stok vitamin yang dah abis.Dalam berkobar-kobar semangat nak buat order online,ada masalah pulak,saya cuba dua tiga kali pun tak boleh,saya pun call bank untuk aktifkan kad bank,sebab saya baru renew kad bank tu.Pegawai bank yang sambut call saya tu cakap,saya kena tunggu 24 jam untuk aktifkan kad tu.tapi kalau puan nak cuba boleh cuba dalam 2 jam lagi.Lepas 2 jam saya cuba untuk buat order online,tak boleh jugak.Saya cakap dalam hati,sabar-sabar lepas 24 jam kita cuba lagi.Tetapi.....
Petang tu saya dapat message dari customer ni,dia cakap,puan saya nak urgent barang tu sebab nak bagi suami saya kena denggi,boleh lah puan esok petang saya datang ambil.Kalau saya order online pun tak tau bila barang sampai,tak sampai hati pulak baca message customer ni,Saya cakap,baiklah saya akan cuba untuk dapatkan pagi esok.
Keesokannya pagi-pagi lagi saya dah setkan dan bercakap dalam hati,saya akan pergi HQ jugak hari ni untuk ambilkan barang customer ni,kalau ikutkan memang malas nak keluar sebab badan saya pun rasa tak berapa sihat.Tapi saya buang sikap malas tu jauh-jauh,dayakan jugak untuk pergi HQ.Than inilah hasilnya barang yang saya beli semalam..hehe.
Performance drink dah selamat sampai ke tangan customer saya.Semoga suami puan ni cepat sembuh dari denggi.

Untuk mendapatkan produk-produk shaklee saya sedia membantu.
Hubungi saya

awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp:0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com
Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.

Monday, August 10, 2015

Raya 2015

Assalamualaikum semua..
Baru berkesempatan nak update blog.Tak habis-habis beraya.hehe.Kali ni nak cerita pasal Hari Raya lah.Sebut hari raya semua orang suka kan.Macam biasalah, setiap kali raya kami sekeluarga beraya di kg.Kampung admin di Negeri Sembilan,suami pulak di Pahang.Tahun ni kami bertolak balik ke kg.awal pagi.Yang best jalan clear,ramai yang tak balik kg.ke atau warga kota dah sampai awal..apa-apa pun syukur dengan nikmat yang Allah beri,sebab masih berkesempatan beraya dengan insan yang tersayang,walau pun dah 3 tahun beraya tanpa arwah mak.huhu..sedih.
Tahun ni lemang & rendang adik lelaki yang sponsor.Adik ipar pandai buat rendang macam arwah mak buat.sebab masa arwah masih ada,adik ipar dah belajar dengan arwah mak.Dulu saudara mara kalau datang rumah mesti nak makan rendang yang arwah mak buat,sedap tak terkata.Lupa pulak nak snap gambar rendang.Saya sponsor kuih raya je.
Hari Raya pertama
Selepas sembahyang sunat aidil fitri saya dan family terus pergi ke Seri Menanti,beraya kat istana u..hehe.Sebenarnya menantu kakak dapat tender kambing bakar, tu yang pagi-pagi nak kejarkan kambing bakar.hehe.Tapi memang puas hati lah.Antara gambar yang sempat kami ambil.

 Raya ke 2
Jalan-jalan ke rumah sanak saudara di kampung..Tak dapat nak upload gambar sebab kat dalam h.phone yang lagi satu tu..h.phone tu pulak dah merajuk..nak kena hantar pergi klinik..hehe

Raya ke 3.
Balik beraya ke Pahang.Dulu beraya kat sini tak meriah..Tapi sejak dua menjak ni rasa meriah pulak.Dengan duka citanya gambar pun tak dapat nak upload,masalah sama seperti di atas...






 
full design blog:jiakreatifelt