Monday, August 10, 2015

Raya 2015

Assalamualaikum semua..
Baru berkesempatan nak update blog.Tak habis-habis beraya.hehe.Kali ni nak cerita pasal Hari Raya lah.Sebut hari raya semua orang suka kan.Macam biasalah, setiap kali raya kami sekeluarga beraya di kg.Kampung admin di Negeri Sembilan,suami pulak di Pahang.Tahun ni kami bertolak balik ke kg.awal pagi.Yang best jalan clear,ramai yang tak balik kg.ke atau warga kota dah sampai awal..apa-apa pun syukur dengan nikmat yang Allah beri,sebab masih berkesempatan beraya dengan insan yang tersayang,walau pun dah 3 tahun beraya tanpa arwah mak.huhu..sedih.
Tahun ni lemang & rendang adik lelaki yang sponsor.Adik ipar pandai buat rendang macam arwah mak buat.sebab masa arwah masih ada,adik ipar dah belajar dengan arwah mak.Dulu saudara mara kalau datang rumah mesti nak makan rendang yang arwah mak buat,sedap tak terkata.Lupa pulak nak snap gambar rendang.Saya sponsor kuih raya je.
Hari Raya pertama
Selepas sembahyang sunat aidil fitri saya dan family terus pergi ke Seri Menanti,beraya kat istana u..hehe.Sebenarnya menantu kakak dapat tender kambing bakar, tu yang pagi-pagi nak kejarkan kambing bakar.hehe.Tapi memang puas hati lah.Antara gambar yang sempat kami ambil.

 Raya ke 2
Jalan-jalan ke rumah sanak saudara di kampung..Tak dapat nak upload gambar sebab kat dalam h.phone yang lagi satu tu..h.phone tu pulak dah merajuk..nak kena hantar pergi klinik..hehe

Raya ke 3.
Balik beraya ke Pahang.Dulu beraya kat sini tak meriah..Tapi sejak dua menjak ni rasa meriah pulak.Dengan duka citanya gambar pun tak dapat nak upload,masalah sama seperti di atas...






No comments:

Post a Comment

 
full design blog:jiakreatifelt