Sunday, October 27, 2013

Vitamin C ohh..Vitamin C

Alhamdulillah..dengan izin Allah dapat jugak saya update blog ni.Walaupun hampir setahun lebih menanti kehadiran Vitamin C Sustained Release..akhirnya dapat jugak saya buat stok untuk customer-customer saya yang ternanti-nanti kehadirannya.Ramai yang akui kehebatan Vitamin C shaklee ni,sapa yang dah rasa kehebatannya tak akan lepaskan peluang untuk memilikinya.Yang paling best ada yang sanggup booking awal-awal supaya tidak kehabisan stok.
Tetapi,dalam kemeriahan untuk mendapatkan Vitamin C ni tiba-tiba sekali lagi terima berita kehabisan stok di HQ.Ohhh tidak...belum sempat nak re stok dah abis..harap-harap penantian yang sangat lama untuk mendapatkan vitamin C ni tak berulang lagi.
Stok kat saya ada beberapa botol je lagi..kalau ada yang nak boleh lah contact saya di talian 012 6524529.
            sementara stok masih ada.






Friday, October 11, 2013

Vitamin B Complex


Sebut je vitamin B Complex terus saya teringat ia merupakan vitamin anti stress.Sebab stress boleh menyumbang kepada berbagai-bagai jenis penyakit.So kalau tak nak diserang penyakit-penyakit yang merbahaya elakkan stress..hehehe..Banyak keistimewaan vitamin B Complex Shaklee ni..nanti kita tengok satu persatu ye..
Sebelum tu mari kita tengok apa perbezaan vitamin B Complex shaklee.
Para saintis shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (biovaibility)yang sangat tinggi dan berkualiti.Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah di serap oleh tubuh.
Lebih istimewa lagi B complex shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap mengandungi 8 komponen penting vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
B1,B2,B3,B6,biotin dan asid pantotenik membantu dalam menukarkan protein,lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan selama 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
Kelebihan dan kekurangan vitamin B akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh.Vitamin B shaklee adalah vitamin larut air,sebarang lebihan tidak akan di simpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.Jadi untuk memastikan vitamin B mencukupi untuk tubuh badan kita,kita kenalah mengambilnya setiap hari.
Kelebihan Vitamin B Complex Shaklee
Menukar makanan kepada tenaga-membantu penghadaman,menukar lemak.karbohidrat dan protein kepada tenaga.mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
Melawan tekanan(anti-stress)-memastikan kesihatan fungsi saraf,meredakan sakit kepala,tekanan,kemurungan dan insomnia.
Membantu tumbesaran- Penting untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak.membantu pembinaaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
Membaiki masalah kulit kepala- seperti kelemumur,rambut gugur,beruban.
Baik untuk mata-mengurangkan masalah keletihan mata,mencegah katarak,meningkatkan qualiti penglihatan,memori dan daya fokus.
Mencegah anemia-membantu dalam pembentukan sel darah merah.
meredakan senggugut-amat membantu bagi yang ada masalah senggugut(PMS).
Mencegah rekahan mulut dan jangkitan lidah serta bafas berbau.
Detoksifikasi-meredakan alahan.

Note: B-Complex merangsang metabolisme dan menyebabkan kita mengeluarkan haba,oleh itu sangat-sangat disarankan mengambil air atau teh herba yang banyak.




Tuesday, October 8, 2013

Set penjagaan rambut dan kulit kepala Prosante

Suburkan Rambut Anda dengan produk Prosante Shaklee.


 Kulit kepala yang sihat merupakan asas rambut yang sihat.Ramai di kalangan kita tak kira wanita atau pun lelaki menghadapi masalah kulit kepala.kulit kepala yang tidak sihat boleh mengakibatkan penghalang pada kesuburan rambut.Contohnya masalah rambut gugur dan kulit kepala berkelemumur.
Untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan kulit kepala ni shaklee memperkenalkan produk PROSANTE.Prosante mengandungi Scalp Health Complex iaitu gabungan 10 vitamin,mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat,lebat dan menawan.Bahan-bahan seperti ekstrak swertia dan halia mampu merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut.mineral kulit yang penting seperti kuprum,zinc,mangan,serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat.Minyak daun pokok teh serta ekstrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
Yang lebih penting dalam produk penjagaan rambut kami,anda tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala.

Set penjagaan rambut shaklee:
Nourishing Scalp Treatment-untuk semua jenis rambut(59ml)
Menyelesaikan masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran,menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Antioksidan bagi vitamin A dan E serta koenzimQ10 melindungi kulit kepala daripada radikal bebas.

PERBEZAAN SHAKLEE
ProSante Nourishing Scalp Treatment merupakan formula eksklusif yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semulajadi apabila di gunakan sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan rambut ProSante.
  
A) Revitalising Shampoo-untuk semua jenis rambut(296ml)
Kutikel rambut yang lembut dan beralun
Menyebarkan dan mengimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa penghidratan berlebihan atau pengeringan.

B) Purifying Shampoo-Untuk semua jenis rambut(237ml)
Memnersih hingga ke akar rambut,mambuang baki produk gayaan rambut,pertambahan mineral dan bahan cemar alam sekitar yang lain.
ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat dan mengawal kelemumur.

C)Replenishing Conditioner-Untuk semua jenis rambut(237ml)
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.
Menguatkan rambut dengan protein dan humektanyang berasal dari alam semulajadi.

D)Lighweight Conditioner-Untuk semua jenis rambut(296ml)
Melicin dan melembabkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit.
Membuat rambut kelihatan tebal,bersinar dan sihat.

E)Long lasting Finishing Spray
Sederhana mengadakan gaya jagaan siap di atur
Memberikan perlindungi UV
Menguruskan rambut yang dikerinting halus dan rambut yang mudah kusut.
 

Hubungi saya
awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp : 0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com

Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang,Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.

*Jom Sihat*


 

 
full design blog:jiakreatifelt