Friday, October 11, 2013

Vitamin B Complex


Sebut je vitamin B Complex terus saya teringat ia merupakan vitamin anti stress.Sebab stress boleh menyumbang kepada berbagai-bagai jenis penyakit.So kalau tak nak diserang penyakit-penyakit yang merbahaya elakkan stress..hehehe..Banyak keistimewaan vitamin B Complex Shaklee ni..nanti kita tengok satu persatu ye..
Sebelum tu mari kita tengok apa perbezaan vitamin B Complex shaklee.
Para saintis shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (biovaibility)yang sangat tinggi dan berkualiti.Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah di serap oleh tubuh.
Lebih istimewa lagi B complex shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap mengandungi 8 komponen penting vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
B1,B2,B3,B6,biotin dan asid pantotenik membantu dalam menukarkan protein,lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan selama 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
Kelebihan dan kekurangan vitamin B akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh.Vitamin B shaklee adalah vitamin larut air,sebarang lebihan tidak akan di simpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.Jadi untuk memastikan vitamin B mencukupi untuk tubuh badan kita,kita kenalah mengambilnya setiap hari.
Kelebihan Vitamin B Complex Shaklee
Menukar makanan kepada tenaga-membantu penghadaman,menukar lemak.karbohidrat dan protein kepada tenaga.mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
Melawan tekanan(anti-stress)-memastikan kesihatan fungsi saraf,meredakan sakit kepala,tekanan,kemurungan dan insomnia.
Membantu tumbesaran- Penting untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak.membantu pembinaaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
Membaiki masalah kulit kepala- seperti kelemumur,rambut gugur,beruban.
Baik untuk mata-mengurangkan masalah keletihan mata,mencegah katarak,meningkatkan qualiti penglihatan,memori dan daya fokus.
Mencegah anemia-membantu dalam pembentukan sel darah merah.
meredakan senggugut-amat membantu bagi yang ada masalah senggugut(PMS).
Mencegah rekahan mulut dan jangkitan lidah serta bafas berbau.
Detoksifikasi-meredakan alahan.

Note: B-Complex merangsang metabolisme dan menyebabkan kita mengeluarkan haba,oleh itu sangat-sangat disarankan mengambil air atau teh herba yang banyak.




No comments:

Post a Comment

 
full design blog:jiakreatifelt