Saturday, June 27, 2015

Salam Ramadhan,
Semoga Ramadhan kali ini lebih memberi kebaikan pada kita.Ramadhan yang ke 7..alhamdulillah baru saya berkesempatan untuk menulis coretan dalam blog ni.
Hati ibu mana yang tak gembira bila dapat menyambut hari-hari yang penuh bermakna dengan keluarga tersayang.Alhamdulillah..hari pertama ramadhan saya ditemani anak-anak yang balik bercuti sempena menyambut ramadhan.Sehari sebelum menyambut ramadhan saya ditemani anak yang no.2 tu.Pagi-pagi selepas sarapan kami pergi beli ayam kampung..wowww..lama tak makan ayam kampung..anak request nak makan ayam masak cili api.Lepas balik beli ayam..kami bersiap-siap untuk keluar..memandangkan lepas ni anak saya ni hanya balik bercuti ketika menyambut hari raya,saya bercadang nak belikan kelengkapan untuk sambutan Raya nanti.Tapi..sampai-sampai je kat Jusco..alamak pasaraya pun belum  jual baju raya lagi..hehe..Tak pe lah dik,..kita jalan-jalan je lah.3 buah pasaraya kami panjat..sambil tu mailah dengar perbualan saya dengan anak saya ni.hehe.
anak : Ibu,kita beli jubahlah,syahmi ada tengok jubah kawan syahmi cantik sangat..
Ibu    : Kat mana ada jual dik
anak  : Tu yang syahmi tak tau.
Ibu     : Takmpe jom kita cari.
Cari punya cari pasaraya yang ke tiga ada jual jubah yang anak nak tu.emmm..memang cantik,harga dia pun cantik,segak bergaya anak ku pakai jubah ni.Tapi bila tengok harga tiba-tiba anak saya tukar fikiran..
anak  : Ibu tak jadilah beli jubah ni.
Ibu     : kenapa dik,ibu berkenan,cantik adik pakai.
anak  : mahal sangatlah bu.
Ibu     : tak pelah dik,ibu ada duit.
anak  : tak pelah ibu,syahmi takut nanti syahmi tak sampai hati nak pakai baju ni..nanti membazir pulak..masya allah..rasa nak menitis air mata ni.Kita pakai baju mahal-mahal,tapi masih ada lagi orang yang kelaparan dan tak ada pakaian...tak terkata ibu..Hanya mampu berdoa,ya allah kau tetapkanlah hati anak ku ini supaya terus mengingatimu dan selalu fikir kepada umatmu yang kurang bernasib baik.
Balik sampai rumah terus ke dapur untuk memasak ayam masak lemak cili api.hehe.
Kalau tak sedap,memang bukan orang negeri sembilanlah kan.




Cerita Ramadhan ke10

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Cerita pagi tadi,dengan semangat waja nak pergi COD barang customer,tak check pun tayar kereta,sib baik jiran tahan,borak- borak kejap,bila nak bergerak balik jiran bagi tau tayar kereta kempis,syukur belum jauh lagi,saya terus drive perlahan- lahan ke kedai tayar.Selesai tampal tayar,saya pun teruskan perjalanan ke rumah customer.
Sekali lagi menempuh dugaan,jalan jem pulak.padahal dekat je dah nak masuk jalan ke rumah customer tu.Tak pe bulan-bulan puasa ni,sabar itu indah..hehe.Akhirnya sampai jugak barang ni pada customer saya.Customer saya ni baru habis pantang,perlukan supplemen untuk meneruskan menyusukan baby.Semoga ibu dan anak sihat.


Opsss..nanti dulu,ada lagi sorang customer yang berminat nak cuba produk shaklee..Dua item ni produk promosi untuk bulan ni,jangan tak tau.Bijak customer ni sebab beli masa ada promosi.Kalau anda berminat nak dapatkan produk promosi ni,cepat pm saya,tinggal 3 hari je lagi.Customer ni pulak mengalami masalah jerawat.Kulit muka dia dah cantik dah.Saya doakan semoga masalah jerawat kat muka tu bertambah baik ye.

Sebelah malam pula,selepas berbuka,seorang lagi customer yang nak order mealshake..Alhamdulillah ya allah..aku bersyukur kepadamu.Custkmer ni cakap anak dia sembelit.
Saya doakan semoga customer-customer saya sihat.

Untuk mendapatkan produk-produk shaklee saya sedia membantu.
Hubungi saya

awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp:0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com
Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.

Tuesday, June 23, 2015

Fungsi Vitamin C dan Vitamin E Shakle..

Assalamualaiku dan salam sejahtera..
Dah beberapa hari tak menulis,hari ni nak share tentang kebaikan Vitamin C dan Vitamin E shaklee.Memandangkan 2 produk ni merupakan produk promosi untuk bulan ni,sukalah saya syorkan kepada anda yang nak kelihatan cantik supaya mengamalkan Vitamin C dan Vitamin E ni.

Secara ringkasnya Vitamin C sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk pembentukan kolagen.Semakin hari kolagen dalam badan kita semakin berkurangan,so nak tak nak kita kena jugak ambil supplemen untuk menambah semula kolagen yang dah pupus tu..hehe.Kalau kolagen kurang tu yang nampak tua dari usia tu.Banyak lagi fungsi Vitamin C ni tau..Jom kita tengok

■ Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri.
■ Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata.
■ Vitamin C juga diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga untuk kesihatan gusi dan gigi.
■ Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran.Seperti yang kita ketahui kesan pencemaran boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit.
■ Melindungi daripada jangkitan dan selsema, serta meningkatkan imuniti,kalau sistem imun kita lemah senang je diserang penyakit.
■ Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
■ Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
■ Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
■ Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
■ Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
■ Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

Vitamin E pulak merupakan vitamin yang sangat kuat anti oksidannya.Ia juga merupakan Vitamin E yang paling lengkap dipasaran.Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E.Memelihara sel-sel membran,sel darah merah dan tisu-tisu otot.Ia juga adalah penyahtoksid semulajadi logam berat seperti raksa,kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.
Antara fungsi Vitamin E
■ Awet muda,semua orang nak kelihatan muda kan..jadi jangan lupa ambil Vitami E setiap hari.
■ Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
■ Mengurangkan parut
■ Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
■ Membantu mencantikkan  kulit dan rambut anda sihat & lebat
■ Merawat masalah keintiman
■ Merawat masalah seksual lelaki
■ Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker untuk mengekalkan kelembapan kulit anda.

Untuk mendapatkan produk-produk shaklee saya sedia membantu.
Hubungi saya

awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp:0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com
Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.

Thursday, June 4, 2015

promosi Jun 2015

Assalamualaikum semua,
Jun merupakan bulan penting untuk jaga kecantikan..sebab apa?Masuk je bulan jun kita dah dapat bayangkan tak lama lagi kita akan berpuasa..Lepas berpuasa sambut hari raya pulak kan..Sebut je raya semua nak tampil cantik kan.
Inilah masanya anda perlu dapatkan set cantik dan sihat shaklee ni.Bulan ni pulak promosi Vitamin C dan Vitamin E..Dua-dua vitamin ni merupakan vitamin untuk kecantikan kulit.Jangan tunggu lama-lama mulakan dari sekarang.hehe.
Cukup setakat ni dulu..Nanti kita tengok apa kebaikan vitamin-vitamin ni na..

Hubungi saya

awaza ns

Shaklee Independent Distributor

[ID No : 887384]

Mobile/Whatsapp:0126524529

Emel:awaza_ns@yahoo.com

Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.

 
full design blog:jiakreatifelt