Tuesday, January 27, 2015

Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku

Assalamualaikum,
Hari ni nak join segmen Bloglist Sakura Qaseh ku.
Jom lah kawan-kawan kita join segmen ni.
Kalau nak join click je link ni ek..
Hari tu dah buat entry ni.tapi tak tau terdelete kot..huhu.

Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku 

 

 




Monday, January 26, 2015

Tips untuk hilangkan angin dalam badan

Sebut je pulut,ramai yang tak makan dan takut nak makan sebab angin katanya.Saya suka gak makan pulut ni.Sebenarnya terkesima untuk tulis entry ni sebab,malam tadi duk sembang2 dengan suami,nak buat pulut cicah sambal bilis.Tiba-tiba pagi tadi jiran hantar pulut kuning dengan rendang ayam pulak..aii baru sebut malam tadi pagi ni dah dapat makan pulut..syukur sangat-sangat..rezeki allah nak bagi.
Alahai sebut pasal pulut, terbayang pulak pulut sambal ikan bilis kat kedai kakak ni.tapi kat kampung saya lah.setiap kali balik kg.mesti beli pulut sambal bilis kakak ni.Sodap eh tak boleh nak cakap.hehe.yang bestnya dia bungkus dengan daun pisang..perghhh..makan tak ingat angin-angin ni dah.
Sekarang ni banyak produk yang kita boleh makan untuk buang angin.PEPPERMINT GINGER PLUS menjadi pilihan saya.Lepas makan makanan yang di katakan berangin tu..cepat-cepat telan peppermint ginger plus.in sya allah cepat angin keluar dari badan.
Nak bagi resepi lah pulak..hehe
Larutkan 3 biji peppermint ginger plus dalam air suam dan minum..anda akan dapat rasakan nyamannya tatkala ia masuk ke dalam perut anda.
Cubalah..

Saturday, January 24, 2015

Agen Detoks-Herb Lax

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni saya nak tentang satu lagi produk untuk detoks iaitu Herb Lax
Mungkin ramai yang dah tau apa itu detoks dan kenapa kita perlu detoks sebelum mengambil sesuatu produk.

Apa itu Detoks??
Detoks merupakan suatu proses pembersihan tubuh dari segala macam kotoran dan racun-racun yang telah sekian lama berkumpul di dalam badan kita samada secara tidak sengaja atau tanpa kita sedari.
Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia.badan manusia mempunyai sistem detoks sendiri yang terdiri dari organ hati,usus dan ginjal.

Kenapa perlu detoks? 
Detoks perlu untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit kita bersih dan segar.
Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Agen detoks juga terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.Contohnya seperti epal hijau.nenas.pear dan lemon atau oren.manakala sayur-sayuran pula terdiri dari saderi,kobis ungu,salad,tomato,brokoli dan lobak.
Tetapi...sekerap mana kita nak ambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan harian kita..dan ada juga dikalangan kita yang tak makan sayur dan nak beli buah-buahan pun jarang-jarang..ye tak?tak caya?cuba p buka peti ais tu ada tak buah-buahan dan sayur-sayuran agen detoks anda?hehe.kalau ada oklah tu..tapi yang tak de tu jangan berkira-kira lagi,,meh order Herb Lax..hehe.Sebelum ambil Herb Lax,kita berkenalan lah dulu dengan Herb Lax ni.

Apa itu Herb Lax?
Ramuan asas Herb Lax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.
Mengandungi 9 Herba semulajadi iaitu:
@ Alfalfa Leaves - membersihkan usus,darah dan hati
@ Senna Leaves - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut,percepatkan
     proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
@ Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada
     usus.
@ Licorice root - membantu proses detoksifikasi.
@ Fennel seads - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol
     membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
@ Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu pencernaan.
@ Rhubarb root - herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
@ Blue malva flower - membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
@ Culver's root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Manfaar Utama Herb Lax
@ Pembersihan najis yang tersekat
@ Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau
     tersimpan lama dalam tubuh kita.
@ Membantu masalah sembelit.
@ Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus
     (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
@ Mengempiskan perut.
@ Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.sesuai di ambil seperti biasa atau
     dicampurkan dalam air panas,sebagai minuman teh herba.

Rekomendasi
Untuk kesihatan berpanjangan                     : 2 kali seminggu - 4 biji setiap kali diambil sebelum tidur

Untuk pembersihan usus?detoksifikasi,
melawan kanser,mengawal berat badan      : 2 kali sehari - 3 biji sekali ( selepas makan dan sebelum tidur)

 Perhatian:
Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan.Manakala di bawah kondisi normal ,Herb Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8~12 jam selepas pengambilam.

mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5~8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman/pembuangan kembali normal.

Hubungi saya
awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp : 0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com

Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang,Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.
***produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit***
     
      

Kuasa sedekah

Sekadar perkongsian..tanggal 21hb.saya pergi ke sec 7.Tiba waktu mkn saya pun cari kedai makan dan parking keta..sebab lapar sangat kot saya terlupa nak pamerkan kupon parking.Abis makan,apa lagi npk surat cinta terselit kat wiper.Saya pun amik surat tu dan kat situ tertulis kalau bayar dalam masa 24jam denda rm10..lebih 24 jam denda lagi banyak.Saya pun pergilah cari pejabat mbsa untuk bayar surat saman..sampai kat pejabat mbsa seorang kaki tangan bertanya..bila kena saman tu.saya cakap baru lagi..kalo terus bayar tak boleh kurang ke?dia senyum..saya cakap disebabkan terlupa dari 40  sen,saya kena bayar rm10.Kakitangan mbsa tu cakap tak apa lah awak bagi mbsa rm10...nanti awak dapat balik rm27.saya cakap owhhhh..aamiin..saya anggap saya sedekah je lah kat mbsa.lepas bayar saya pun balik ke rumah.Sampai je rumah dapat msg dari customer cakap nak datang malam ni nak beli dan ambil barang..total dalam rm150.saya teringat kata2 kakitangan mbsa tadi dan mungkin juga masa saya bayar saman tu saya niat bersedekah..itulah hebatnya kuasa sedekah.



Hubungi saya
awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp : 0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com

Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang,Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.

 

Friday, January 16, 2015

Pendaftaran program fast track

Hari ni hantar anak pergi mendaftar di Dewan canselor Unisel bestari jaya.
Waktu pendaftaran dari pukul 9 am~12pm.
Kita orang bertolak dari rumah pukul 10 lebih..tersilap tengok..ingatkan kat pejabat unismart kota puteri rupa2nya kat Unisel..Oleh kerana lambat sampai..terlepas nak dengar taklimat.hehe.
Lepas mendaftar kami di arahkan untuk pergi terus ke hostel.Hostel yusri no.7.bilik no.1.Satu bilik kongsi 4 orang.Disebabkan pihak pengurusan hanya menyediakan makanan pada pukul 6pm..Pelajar dibenarkan untuk dibawa keluar dan hantar balik asrama seblm pukul 6pm..Apa lagi seronoklah yusri nak ikut balik semata-mata nak suruh ibu masak sambal telur.hehe.Sampai rumah saya terus masuk dapur,masak sambal telur.hehe.
Pukul 4.45 kami keluar semula.Singgah solat kat Masjid,lepas tu teruskan perjalanan ke Hostel anak.
Selamat tinggal yusri,semoga dapat menyesuaikan diri di sini.ya allah kau tetapkanlah hati anak ku ini untuk habiskan pelajarannya di sini.Tenangkan hatinya.
Lapangkanlah fikirannya.Berikan lah ia kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Balik rumah terasa sunyi..apakan tidaknya selama setahun dia duduk rumah selepas abis hafalan 30 juz alquran.Dialah teman berborak,teman ketawa dan teman bergaduh jgk.huhu.
Waktu maghrib..tiba2 terasa sayu sangat hati ni.Ya allah aku mohon keredhaan daripada mu..Lindungi anak-anak ku dari perkara2 yang tak diingini ya allah.Semoga allah memberkati segala usaha yang kami lakukan.Aamiin ya rabbalalamin..
*Tak lupa bekalkan meal shakes untuk dia.hehe.

Monday, January 12, 2015

7 Manfaat Vitamin C

Assalamualaikum..
Anak2 dah mula sekolah kan semalam.Bagi anak2 yang baru pertama kali masuk alam persekolahan saya yakin ibu bapa yang paling teruja kan..hehe.Seronok tengok anak-anak pergi sekolah.
Bila sekolah dah mula,macam dah biasakan.. jalan raya pun sibuk,mulalah kawan2 update status jalan jam sana..jam sini.Stresss tak?hurmmm..jgnlah stress2..nanti senang penyakit nak hinggap.Apa kata mulai sekarang anda jadikan Vitamin C jadi peneman anda.Ambilah vitamin c tiap2 hari sebab vitamin c tak simpan dalam tubuh badan kita.Dan jangan lupa..pastikan Vitamin C anda Sustained Release Vita C Plus.
Pengambilan 1 biji sehari memberi 7 manfaat kepada anda.
7 MANFAAT UTAMA VITAMIN C
1.Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
2.Memperbaiki Simptom Pendarahan  Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
3.Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
4.Memerangi kanser
Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
5.Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
6.Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
7.Mengekalkan kolestrol sihat
Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
Hubungi saya
awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp : 0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com

Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang,Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.
 
full design blog:jiakreatifelt