Saturday, June 27, 2015

Salam Ramadhan,
Semoga Ramadhan kali ini lebih memberi kebaikan pada kita.Ramadhan yang ke 7..alhamdulillah baru saya berkesempatan untuk menulis coretan dalam blog ni.
Hati ibu mana yang tak gembira bila dapat menyambut hari-hari yang penuh bermakna dengan keluarga tersayang.Alhamdulillah..hari pertama ramadhan saya ditemani anak-anak yang balik bercuti sempena menyambut ramadhan.Sehari sebelum menyambut ramadhan saya ditemani anak yang no.2 tu.Pagi-pagi selepas sarapan kami pergi beli ayam kampung..wowww..lama tak makan ayam kampung..anak request nak makan ayam masak cili api.Lepas balik beli ayam..kami bersiap-siap untuk keluar..memandangkan lepas ni anak saya ni hanya balik bercuti ketika menyambut hari raya,saya bercadang nak belikan kelengkapan untuk sambutan Raya nanti.Tapi..sampai-sampai je kat Jusco..alamak pasaraya pun belum  jual baju raya lagi..hehe..Tak pe lah dik,..kita jalan-jalan je lah.3 buah pasaraya kami panjat..sambil tu mailah dengar perbualan saya dengan anak saya ni.hehe.
anak : Ibu,kita beli jubahlah,syahmi ada tengok jubah kawan syahmi cantik sangat..
Ibu    : Kat mana ada jual dik
anak  : Tu yang syahmi tak tau.
Ibu     : Takmpe jom kita cari.
Cari punya cari pasaraya yang ke tiga ada jual jubah yang anak nak tu.emmm..memang cantik,harga dia pun cantik,segak bergaya anak ku pakai jubah ni.Tapi bila tengok harga tiba-tiba anak saya tukar fikiran..
anak  : Ibu tak jadilah beli jubah ni.
Ibu     : kenapa dik,ibu berkenan,cantik adik pakai.
anak  : mahal sangatlah bu.
Ibu     : tak pelah dik,ibu ada duit.
anak  : tak pelah ibu,syahmi takut nanti syahmi tak sampai hati nak pakai baju ni..nanti membazir pulak..masya allah..rasa nak menitis air mata ni.Kita pakai baju mahal-mahal,tapi masih ada lagi orang yang kelaparan dan tak ada pakaian...tak terkata ibu..Hanya mampu berdoa,ya allah kau tetapkanlah hati anak ku ini supaya terus mengingatimu dan selalu fikir kepada umatmu yang kurang bernasib baik.
Balik sampai rumah terus ke dapur untuk memasak ayam masak lemak cili api.hehe.
Kalau tak sedap,memang bukan orang negeri sembilanlah kan.




No comments:

Post a Comment

 
full design blog:jiakreatifelt