Monday, April 20, 2015

Cuti ronda- ronda kg.Negeri Sembilan

Empat hari balik kampung,memang bestlah.Sejak ayah kahwin lagi selepas mak meninggal,kami adik beradik terasa terasing bila balik kampung.Ayah sibuk dengan wife barunya...yah pun banyak berubah tak mesra macam dulu.Layanan mak tiri tak sama dengan layanan mak kandung.huhu.Tapi kali ni kami balik kampung dengan suasana ketika arwah mak msih ada dulu..nk tau tak kenapa?hehe..jodoh ayah tak panjang akhirnya bercerai jugak.

10 April 2015( Jumaat)
Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 9.30 pagi.sampai hentian dengkel singgah sarapan.Lepas sarapan kami meneruskan perjalanan ke rumah adik di Jempol.Sebelum tu saya singgah di LHDN Kuala Pilah untuk hantar borang tafsir..tinggal beberapa minit je lagi nak tutup sebab hari jumaat ofis tutup pukul 12.sib baik sempat.Leps bayar rm100..saya kena bawak dokumen tersebut ke pejabat tanah pulak..huhu..sampai pejabat tanah opis dah tutup.tapi ada sorang staff ni sudi layan saya.Dia cakap,kalau akak htr borang ni hari pun geran tak boleh dapat jugak sebab pegawai dia tak ada hari tu.owhh..tak pe lah..kami pun terus je ke rumah adik.sampai je rumah adik lapar bukan main lagi rasanya..adik masak ayam kampung lomak cili api..perghhh..sedap sangat-sangat.
Aktiviti malam pulak kami ikut adik pergi aerobik..hurmmm..lama tak aerobik..best betul.Lepas aerobik pergi minum pulak..hehe.Balik rumah tidur..

11 April 2015 (Sabtu)
Pagi-pagi lagi dah pergi cari tukang urut..pergi urut badan kat Felda Raja Alias..hehe.memang dah lama nak berurut tapi klu kt sini asyik tak ada masa je.Masa ni lah ambil kesempatan manjakan diri.Lepas tu ronda2 cari sarapan pulak.Lepas sarapan kami masak cendawan busut lemak cili api..hehe..org nogori biasalah..lomak cili api saja.goreng hati masak kicap dan sotong masak kunyit.Masak macam nak pergi berkelah kan...haaa..memang pn kami nak pergi berkelah..hehe.Lepas masak siap2 pergi berkelh di Air terjun tengkek..bestnya makan kat sini..lepas makan apa lagi,mandilah,rugi tak mandi.
Lepas puas bermain air kami meneruskan perjalanan ke rumah ayah.Malam ni tidur di sini..best tidur kat kampung sejuk sangat.Tengok ayah suka sangat bila kami balik.gembira rasa dapat ayah yang kami kenal dulu.Malam tu kami bawak ayah makan tomyam..aku belanja..hehe..sekali sekali belanja ayah dan adik2 happy sangat..Tengok ayah makan begitu selera sekali.



12 April 2015 (Ahad)
Pujuk2 ayah kalau dia nk ikut pergi rumah adik..mula2 dia tak nak ikut..ntah kenapa dia cakap nak ikut pulak..nak jaga hati anak2 kot.Pergi Rembau ziarah anak adik kat kolej vokasional Rembau.Adik anak dia keluar makan..dorg makan kt kedai mamak.Aku tak makan kat kedai mamak..aku beli karipap je.sempatlah soping track suit yusri & syahmi☺☺..Lepas makan belikan ayah periuk nasi.suruh dia pilih baru puas hati.Habis semua urusan kat sini kami pun bergerak ke rumah adik semula.sebelah malam adik ipo ajak p makan pulak..pekena chicken chop kat Mahzan..balik dari makan penat dah..terus tidur..

13 April 2015(Isnin)
Masa untuk balik klang..singgah pejabat tanah dulu,ambil geran.Alhamdulillah akhirnya tanah yang aku beli dari bapa saudara akhirnya dah tukar nama aku.Bayar lagi rm35..huhu.
Tanah dan rumah yang kat kampung tu nama arwah mak.nak tukar kena melalui jabatan pesaka kecil dulu..peramah sungguh staff kat jabatan pesaka ni.macam dah lama kenal pulak..Dia terangkn flow mcm mana nak tukar nama tanah tu..rumit jugak sebab semua adik beradik kena sepakat berkumpul..huhu.lupakan dulu.kena berbincang adik beradik dulu.Sebelum balik Klang pekena mee kari dulu..Ayah dah balik ikut abang sepupu.

Dah selamat sampai Klang..Alhamdulillah..keesokan harinya demam pulak..demam sebab penat kot.😭😭..yang pasti sepanjang bercuti kurang minum air dan tak makan vitamin..


4 comments:

  1. hehe... alhamdulillah, dah boleh bgembirah dgn ayoh dpt dulu..

    ReplyDelete
  2. untunglah beli tanah.makin lama, makin tak mampu nak beli sebab makin mahal

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah kat N.sembilan kira murah lagi..kat selangor ni lagi mahal.

      Delete

 
full design blog:jiakreatifelt